biha

Sunday, April 24, 2011

SAHABAT?

setelah penat aku mencari ilham-ilham di blog-blog blogger handalan,kebanyakan kebaikan yang aku dapat lihat atau curi sedikit sebanyak memberikan aku idea menulis entry aku pada kali ini. latest entry yang aku sempat usha-usha ataupun kata sinonimnya "hendap sebentar' ahha dari blog sahabat-sahabat handai ku seperti si bola.getah ataupon sipolan bin sipolin.

ape yang kamu semua faham akan perkataan ini.. kawan makan kawan?..ataupun benefit si rakan? mahupun bahaya kawan rapat?.ahaa.macam penah dengar kan tajuk ini..en en??..blog mane korunk usha sendiri. saya si penulis enggan mengulas lanjut. jangan main api,nanti terbakar diri sendiri. woha!


memang tidak dinafikan ramai kawan-kawan rapat anda kalian terdiri daripada lelaki mahupun perempuan.tetapi perbezaan jantina bukan masalah utama.haa.berkawan rapat memang seronok malah melebihkan segala-galanya.kerana kawan kita sanggup mencuri kambing-kambing kampung seberang, kerana kawan juga kita sanggup menipu warung si wak jalal, kerana kawan jugak kita sanggup kene sebat dengan tok imam sebab main mercun sama-sama dalam masjid. jangan buat maen-maen erti sabahat jika anda sendiri tiada sahabat.haha

tetapi berigat wahai anda-anda sekalian. sahabat bukan sejenis objek yang bole dipijak-pijak dan dilenyek-lenyekkan.peringatan ini juga ditujukan kepada aku si penulis entry ini.

"terlajak perahu bole diundur,terlajak kata,badan binasa oi'  
tapi xde la binasa mane pon.kate hero hero.haha.

jadi marilah kita mencari sahabat-sahabat yang benar-benar menuju kejalan kebenaran.ewah!










4 comments: